fb fb fb fb fb

Jun Hao terkandas di pusingan pertama Terbuka Jepun

Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 15 Julai - Pemain perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao terkandas seawal pusingan pertama Terbuka Jepun 2024 selepas tewas kepada pemain Perancis Alex Lanier hari ini.

Aksi yang berlangsung di Tokyo Metropolitan Gymnasium menyaksikan Jun Hao yang menduduki ranking ke-24 dunia itu tewas kepada juara bertahan yang juga pilihan kelapan kejohanan 12-21, 14-21 dalam tempoh 40 minit perlawanan.

Beregu lelaki negara Nur Azriyn Ayuh-Tan Wee Kiong dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dijadualkan turun dalam perlawanan petang di samping beregu wanita Ong Xin Yee-Carmen Ting dan Go Pei Kee-Teoh Mei Xing.

Antara pemain yang turut beraksi di Terbuka Jepun 2025 ialah dua beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun, serta beregu wanita utama Pearly Tan-M Thinaah.- BERNAMA

AZRUL FAIZAL JUSOH