fb fb fb fb fb

Juara dunia Downhill Skateboarding 2025 dinobatkan di El Salvador

Foto REUTERS

TAMANIQUE, 8 Disember – Juara rasmi Kejohanan Dunia Downhill Skateboarding 2025 telah dinobatkan selepas aksi akhir yang mendebarkan di Tamanique, El Salvador, pada Ahad.

Hari terakhir pertandingan menyaksikan aksi yang cukup spektakular, menarik perhatian peminat sukan ekstrem dari seluruh dunia.

Dalam kategori Women’s Inline, atlet Colombia menguasai podium sepenuhnya dengan Alef Torres menamatkan perlumbaan di tempat pertama, diikuti Nancy Soriano di tempat kedua dan Ana Isabel Estrada di tempat ketiga.

Bagi acara Men’s Open Inline, juara dimenangi oleh Camilo Barrera dari Colombia, manakala rakan senegaranya, Daniel Delgado dan Carlos Nino Quiroga, masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga.

0812 SKN LNR SKATEBOARDING 2Foto REUTERS

Dalam aksi akhir Open Street Luge yang penuh persaingan sengit, atlet Amerika Syarikat, Andy Lally, mengekalkan prestasi cemerlang untuk muncul juara, diikuti atlet Malaysia, Abdil Mahdzan di tempat kedua dan Frederick Laberge dari Kanada di tempat ketiga.

Kolby Parks, yang melakukan lonjakan mengagumkan, terpaksa berhenti selepas terjatuh dan menduduki tempat keempat.

Kejohanan itu sekali lagi menonjolkan kehebatan atlet antarabangsa serta daya saing tinggi dalam sukan downhill skateboarding. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN