fb fb fb fb fb

Jose Mourinho tinggalkan AS Roma

Foto AFP

ROM, 16 Januari- Pengendali AS Roma, Jose Mourinho mengucapkan selamat tinggal kepada kelab itu pada Selasa susulan pemecatannya di pertengahan musim ketiga yang amat mengecewakan.

Dalam pesanan ringkas, Mourinho hanya berkata "Arrivederci, Roma" kepada penyokong di media sosial, di samping gambar dia memegang trofi Liga Persidangan Europa yang dimenangi pada 2022.

Roma berkata bahawa Mourinho akan pergi bersama kakitangannya berkuat kuasa serta-merta, sambil menambah bahawa ia adalah demi kepentingan kelab liga Itali itu.

Beberapa siri keputusan buruk menyebabkan pasukan itu ketinggalan dalam memburu rentak liga utama berkenaan.

Kontrak Mourinho yang akan tamat pada Jun bagaimanapun telah berulang kali menyatakan bahawa dia mahu kekal.

Namun, perbincangan mengenai pelanjutan perjanjiannya tidak pernah menjadi kenyataan.

Khabar angin berhubung pemergiannya menjadi lebih hangat selepas kekalahan suram 3-1 pada Ahad lalu di AC Milan yang menyebabkan Roma menghuni tangga kesembilan dalam Serie A, lima mata dari kedudukan Liga Juara-Juara.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Jose bagi pihak kami semua di AS Roma, atas semangat dan usahanya sejak ketibaannya di kelab itu."

“Kami akan sentiasa kenang segala momen indah ketika beliau di Roma tetapi kami percaya bahawa perubahan segera adalah demi kepentingan terbaik kelab."

"Kami mendoakan masa depan yang terbaik untuk Jose dan pembantunya,” kata pemilik Dan dan, Ryan Friedkin dalam satu kenyataan.

Bekas pemain Portugal yang berusia 60 tahun itu dilantik pada 2021, ketibaannya menggantikan Paulo Fonseca.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM