fb fb fb fb fb

Badminton: Isu visa Ee Yi punca beregu lelaki terlepas Terbuka India

Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi

KUALA LUMPUR, 16 Januari- Kecuaian mendapatkan visa yang sah menjadi punca pasangan beregu lelaki profesional negara, Teo Ee Yi dan Ong Yew Sin tidak dapat beraksi di Terbuka India.

Ee Yi menerusi Instagram Story (IGs) mengakui kecuaian tersebut telah menyebabkan mereka terlepas saingan berstatus Super 750 itu.

Menurut Ee Yi, kesilapannya sendiri yang memohon e-visa menggunakan pasport lama mengakibatkan dia terpaksa dihantar pulang ke tanah air, meskipun sudah sampai di India.

Ee Yi turut berterima kasih kepada semua yang membantu menguruskan perkara berkenaan.

Situasi terbabit sedikit menganggu perjalanan Ee Yi-Yew Sin dalam memburu slot kelayakan ke Sukan Olimpik Paris pada Julai depan.

Buat masa ini, kedudukan mereka belum selamat kerana hanya lapan pasangan terbaik dunia layak ke temasya itu.

Ketika ini, Ee Yi-Yew Sin berada di kedudukan ke-11 dan ketinggalan kira-kira 20,000 mata di belakang pasangan kelapan dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.

0601 YEW SIN EE YI TAK JADI INDIA OPEN

Tangkap layar Instagram Story @ee_yi_111



SITI AISHAH BINTI MD ISA