JEDDAH, 3 Mei - Kelab Liga Pro Saudi, Al-Hilal menamatkan khidmat jurulatih kelahiran Portugal, Jorge Jesus.
Ini susulan prestasi buruk ditampilkan pasukan itu yang tersingkir di separuh akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) selepas tumpas kepada Al-Ahli 1-3 bulan lalu.
Sepanjang berkhidmat bersama pasukan, Jesus berjaya membimbing Al-Hilal merangkul kejuaraan liga pada 2023/2024.
Selain memenangi tiga Piala Super masing-masing pada 2018, 2023 dan 2024 serta Piala Raja bagi musim 2023/2024.
Pengendali berusia 70 tahun itu dan pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti kini dilaporkan berada dalam senarai pendek untuk mengambil alih jawatan ketua jurulatih Brazil. - REUTERS