fb fb fb fb fb

Terbuka Bermuda, Aira mara ke final

Ihsan SquashTV

KUALA LUMPUR, 3 Mei –Pemain skuasy negara, Aira Azman, meneruskan kecemerlangnya dengan mara ke perlawanan akhir Kejohanan Terbuka Bermuda 2025.

Dia menewaskan kakaknya, Aifa Azman, dalam pertembungan separuh akhir yang berlangsung di Devonshire, Bermuda.

Aira, pilihan utama kejohanan, bangkit selepas tewas set pertama 4-11 untuk memenangi tiga set berikutnya 11-4, 11-8, 11-6 dalam tempoh 31 minit .

Kemenangan ini menandakan kali kedua berturut-turut Aira menewaskan Aifa dalam kejohanan PSA, selepas pertemuan mereka di Terbuka Australia tahun lalu.

Di peringkat akhir, Aira akan berdepan dengan pilihan kedua dari Mesir, Hana Moataz.

Moataz mara ke final selepas menewaskan rakan senegaranya, Amina El Rihany, dalam perlawanan lima set yang sengit..

Perlawanan akhir antara Aira Azman dan Hana Moataz dijangka berlangsung pada hari Ahad, 4 Mei 2025, di Devonshire, Bermuda.

Ini merupakan pertemuan pertama antara kedua-dua pemain di pentas PSA Tour.

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI