fb fb fb fb fb

Jonathan isi kuota penyerang Sang Kenari

ALOR SETAR, 27 Januari - Kedah Darul Aman (KDA FC) mengumumkan penyerang import kelahiran Brazil, Jonathan Boareto dos Reis mengisi kuota pemain penyerang import antarabangsa Sang Kenari bagi musim 2023.

Pemain berusia 33 tahun ini bakal bergandingan bersama dengan seorang lagi penyerang juga dari Brazil, Willian Lira yang kini cemerlang meledakkan empat gol bersama KDA FC pada tiga aksi pra-musim 2023.

Jonathan yang mendapat gelaran Jonathan Balotelli sebelum ini beraksi bersama pasukan Jeonnam Dragons di Liga kedua Korea Selatan, (K-League 2) dan membantu kelab itu menjuarai Piala FA Korea Selatan pada musim 2022.

KDA FC ketika mengumumkan perkara itu dilaman rasminya berkata Balo akan menggunakan jersi bernombor 89 di musim 2023.

Ketajaman Balotelli mendapat perhatian pengendali KDA FC, Nafuzi Zain yang mahukan seorang penyerang yang mampu mengalas tugas untuk memburu gol jika penyerang lain seperti Willlian mengalami kecederaan.

Bersama Jeonnam Dragons, Balotelli telah menjaringkan sebanyak 20 gol dengan tujuh bantuan gol dalam 62 penampilan K-League 2.

Media Baharu