fb fb fb fb fb

Johor bagi hadiah kepada Aniq dan Shah Firdaus

JOHOR BAHRU, 31 Julai- Kerajaan Johor akan menghadiahkan RM10,000 kepada atlet angkat berat negara, Aniq Kasdan yang berjaya merangkul pingat emas bagi acara angkat berat 55 kilogram pada Temasya Komanwel Birmingham 2022.

Manakala RM6,000 lagi untuk Shah Firdaus yang memperoleh pingat gangsa bagi acara lelaki keirin.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi facebooknya berkata, hadiah kepada dua atlet anak kelahiran Johor itu sebagai tanda penghargaan kerana mengharumkan nama negara dan negeri.

Beliau berharap kemenangan tersebut menyuntik dan membakar semangat atlet-atlet muda Johor yang lain untuk menjulang nama negeri dan negara di persada dunia.


INSTAGRAM ONN HAFIZ


INSTAGRAM ONN HAFIZ

Media Baharu