fb fb fb fb fb

Syarikat konglomerat antarabangsa pemilik baharu Respect FC

(Penaung Respect FC, Datuk Seri Dr. SK Devamany bersama Ketua Pegawai Eksekuti
Respect FC, R Surendran dan Dr Hemalata Arumugam, Group CEO)

IPOH, 31 Julai- Syarikat konglomerat antarabangsa, SRAM & MRAM Group diumum sebagai pemilik baharu kelab bola sepak Respect FC yang bersaing dalam Liga M3.

Penaung Respect FC, Datuk Seri Dr. SK Devamany berkata syarikat itu menggantikan pengurusan terdahulu yang gagal menyelesaikan beberapa masalah termasuk berkaitan urusan kewangan pasukan.

"Menaja dan mengambil alih segala urusan-urusan perniagaan Resprct FC ini dan mereka akan memberi sumbangan yang cukup besar untuk membina, membantu menjadikan Respect FC sebagai pasukan bola sepak bukan sahaja di peringkat nasional tetapi di peringkat antarabangsa," katanya.

(Kelab bolasepak Liga M3, Respect FC menerima suntikan apabila syarikat SRAM &
MRAM Group menjadi pemilik baharu pasukan tersebut)

Tambah beliau syarikat yang ditubuhkan pada 1995 itu menjalankan aktiviti perniagaan berasaskan produk agro, teknologi maklumat dan perkhidmatan hospitaliti.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Respect FC, R Surendran berkata, pemilik baharu pasukan memberi jaminan tunggakan gaji melibatkan pemain berjumlah RM300,000 akan diselesaikan dalam masa terdekat.

Tunggakan gaji dilaporkan telah berlarutan sejak enam bulan lalu.

Media Baharu