UBON RATCHATHANI, 31 Julai- Skuad negara hampir mengejutkan juara bertahan, Thailand sebelum kedua dua pasukan terikat 2-2 pada aksi temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 di Stadium Universiti Ubon Ratchathani Rajabhat.
Skuad negara berjaya mendahului pada babak pertama menerusi Mohd Alif Najmi Mohd Radzi dan Muhammad Zulkarnain Nasir, masing masing pada minit ke 8 dan ke 41.
Bagaimanapun, Thailand bangkit meledak dua gol di babak kedua menerusi sepakan penalti Kasitinard Sriphirom minit ke 50 dan Adunlikhit Saengdaeng pada minit ke-77.
Keputusan seri itu menyaksikan Malaysia kekal di tangga kedua, empat mata sama dengan Thailand berkelebihan jumlah jaringan.
Skuad negara perlu merakamkan kemenangan bertemu Loas dalam perlawanan terakhir liga sepusingan.