fb fb fb fb fb

JMR ungguli podium di Fuji

Foto BERNAMA

FUJI, Jepun, 13 Julai – Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim atau Tunku Jefri, mencatat kemenangan ketiganya musim ini dalam saingan GT World Challenge Asia 2025 selepas mengungguli perlumbaan kedua kategori Pro-Am di Litar Fuji bersama rakan sepasukan, Ben Green.

Green memulakan perlumbaan dengan cemerlang selepas meraih petak pertama, membina jurang besar sebelum menyerahkan pemanduan kepada Tunku Jefri.

Disaksikan Permaisuri Agong,Raja Zarith Sofiah Tunku Jefri mengekalkan momentum dan terus mendahului biarpun perlumbaan terhenti seketika akibat kemunculan safety car di penghujung perlumbaan.

Pelumba Johor Motorsports Racing Team itu akhirnya menamatkan saingan dengan masa 1 jam 19.306 saat .

Kemenangan tersebut mengukuhkan kedudukan JMR di tempat kedua keseluruhan kejuaraan.

Sementara itu nasib kurang menyebelahi pasangan Tunku Abu Bakar dan Love apabila jenteranya dilanggar pelumba lain di selekoh terahir sekali gus menyebabkannya gagal meneruskan perlumbaan.

Pusingan ke-9 dan 10 bakal berlangsung di Litar Okayama, Jepun, dari 29 hingga 31 Ogos ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD