TOKYO, 14 September - Pasukan Jerman mara ke kelompok Final 8 Piala Davis selepas menewaskan Jepun 4-0 dalam aksi dua hari di Tokyo.
Kejayaan Jerman yang sudah mendahului 2-0 pada Jumaat disempurnakan menerusi acara beregu apabila Kevin Krawietz dan Tim Puetz menundukkan gandingan Yosuke Watanuki dan Takeru Yuzuki 6-3, 7-6(4), selepas menyelamatkan tiga mata set pada set kedua.
Justin Engel kemudian melengkapkan kemenangan mutlak dengan menewaskan Rei Sakamoto 6-3, 6-7(2), 10-7.
Jerman, yang mara ke separuh akhir tahun lalu, muncul pasukan pertama melangkah ke Final 8 melalui pusingan kelayakan, bersama tuan rumah Itali bagi saingan penentu di Bologna, November nanti.-REUTERS