fb fb fb fb fb

Jepun belasah Indonesia 6-0 di Osaka

Pemain pertahanan Indonesia Yance Sayuri (tengah) pada penghujung perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia Asia Kumpulan C antara Jepun dan Indonesia di Osaka. Foto AFP

OSAKA, 10 Jun - Jepun melengkapkan kempen kelayakan Piala Dunia dengan membelasah Indonesia kendalian Patrick Kluivert 6-0 di Osaka pada Selasa.

Daichi Kamada cemerlang menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama. Kamada membuka jaringan seawal minit ke-15, hasil hantaran lintang Shunsuke Mito.

Takefusa Kubo, Ryoya Morishita, Shuto Machino dan pemain gantian Mao Hosoya turut menjaringkan gol untuk skuad Samurai Biru.

Dalam perlawanan itu, Indonesia kehilangan pemain pertahanan, Kevin Diks akibat kecederaan pada pertengahan babak pertama dan penggantinya Yakob Sayuri hanya bertahan 15 minit sebelum dikeluarkan selepas berlaku pertembungan.

Jepun yang sudah melayakkan diri, menamatkan kempen sebagai juara Kumpulan C dengan menjaringkan 30 gol dalam 10 perlawanan mereka.

Sementara itu, skuad kendalian Kluivert yang menduduki tempat keempat dalam kumpulan mara ke pusingan seterusnya bersama lima pasukan lain untuk menentukan dua lagi slot kelayakan Asia.

Dalam reaksinya selepas permainan, Kamada memberi amaran kepada rakan sepasukannya bahawa ujian lebih sukar menanti mereka.

Pasukannya akan menentang pasukan dari luar Asia dalam tempoh 12 bulan akan datang dan beliau ingin belajar daripada pengalaman itu.

“Bermain menentang pasukan Asia dan menentang pasukan Eropah yang akan berada di Piala Dunia adalah berbeza sama sekali,” kata pemain berusia 28 tahun itu.

Dalam pada itu, Jurulatih Jepun Hajime Moriyasu telah meletakkan sasaran tinggi untuk memenangi Piala Dunia tahun depan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Moriyasu berkata pemainnya perlu terus meningkatkan permainan dan beliau memuji sikap mereka ketika menentang Indonesia.

“Cabaran untuk pemain adalah untuk melepasi pemain Indonesia dan berkembang dan mereka menterjemahkan mereka melakukan itu dalam latihan dan dalam permainan, di mana mereka tidak pernah berpuas hati dan sentiasa mencari gol seterusnya dan peluang seterusnya, yang bagus untuk dilihat," katanya. -AFP

 

 

 

 

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI