fb fb fb fb fb

Jelajah Dunia Akhir BWF: Aaron Chia-Soh Wooi mula langkah kiri

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik/FOTO Aaron Chia

HANGZHOU, 13 Disember - Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bermula langkah kiri, tewas kepada Takuro Hoki-Yugo Kobayashi pada aksi pembukaan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Kumpulan A di Hangzhou, China.

Aaron-Wooi Yik yang berada di ranking ketiga dunia gagal menandingi konsistensi pihak lawan sekali gus membolehkan lawan dari Jepun itu meraih kemenangan set pertama 21-16.

Tumpas di set pembukaan, gandingan Aaron-Wooi Yik bangkit bertenaga pada set kedua untuk melakar kemenangan 21-14 ke atas beregu ranking ketujuh dunia itu.

Di set penentuan, Aaron-Wooi Yik ketinggalan 8-11 sebelum berjaya mengikat kedudukan 15-15, tetapi mereka gagal mengekalkan rentak permainan sekali gus tumpas 18-21 dalam pertarungan selama 62 minit.

GRACE AISYAH KEDAYAN