fb fb fb fb fb

Atlet Johor jalani latihan di kawasan tertutup pada musim hujan

Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ), Mohd Ekmaludin Ishak

ISKANDAR PUTERI, 13 Disember- Keadaan hujan semasa Musim Monsun Timur Laut yang berlangsung sehingga Mac tahun hadapan tidak menghalang persiapan atlet Johor bagi menghadapi Sukan Malaysia 2024 (SUKMA) di Sarawak.

Ia berikutan cuaca terkini di Johor yang kerap hujan terutamanya pada waktu petang.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ), Mohd Ekmaludin Ishak berkata, latihan sukan seperti olahraga dan berbasikal akan dijalankan di kawasan tertutup sepanjang musim hujan.

Berkenaan program sukan 2024, beliau memaklumkan perancangan untuk penganjuran sukan antarabangsa sebelum berlangsungnya temasya SUKMA.

"Johor ini sebagai satu kuasa sukan, kita perlu terima, jadi, di peringkat Majlis Sukan Negeri Johor, kita bukan sahaja fokus kepada SUKMA, sebab SUKMA ini dua tahun sekali sekali, jadi apa yang terjadi pada tahun bukan SUKMA? di sinilah kejohanan datang, ya kita akan adakan kita punya kejohanan di peringkat antarabangsa", katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Insentif kepada atlet Johor mewakili negara di Sukan Asia Hangzhou 2022 dan Sukan Sea Kemboja 2023 di Iskandar Puteri, Johor.

Sementara itu, sebanyak RM219,000 insentif kemenangan dan penyertaan daripada Kerajaan Negeri Johor diberikan kepada seramai 100 ratus atlet Sukan Asia Hangzhou 2022 dan Sukan SEA ke-32, Kemboja 2023.

ROSLINA BINTI DIN