KUALA LUMPUR, 21 Februari- Penyerang naturalisasi baharu negara, Romel Morales sah bersama kelab Johor Darul Ta'zim (JDT).
Juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu telah pun memperkenalkan Morales sebagai pemain terbaharu mereka bagi menghadapi 2024/2025.
Pengumuman itu dibuat menerusi satu video berdurasi 42 saat di laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers.
Pemain berasal dari Colombia itu pernah mewakili beberapa pasukan Liga Malaysia termasuk PKNS FC, Melaka United dan KL City FC.
Bintang berusia 26 tahun itu membuat penampilan pertama bersama skuad kebangsaan di pentas Piala Asia 2023, apabila meledak gol penyamaan Harimau Malaya ketika mengikat Korea Selatan 3-3, dalam aksi terakhir Kumpulan E.
Kehadirannya dilihat bakal menambah sengat bahagian serangan skuad Harimau Selatan apabila bakal bergandingan bersama Bergson da Silva dan Fernando Forestieri.