fb fb fb fb fb

Muslim Ahmad bakal muncul dalam sukan Muay Thai

Muslim Ahmad

PADANG SERAI, 20 Februari- Bekas pemain bola sepak kebangsaan Muslim Ahmad mengesahkan bakal membuat kemunculan dengan bertanding dalam satu kejohanan Muay Thai di Padang Serai, Kedah.

Kejohanan Muay Thai T Fight 2.0 itu merupakan kejohanan sulungnya dalam sukan tempur itu. Muslim ketika dihubungi RTM berkata sukan tersebut tidak asing lagi buatnya kerana membesar dengan Muay Thai sejak kecil.

"Saya pertama kali berlawan dalam sukan ini dan tidak akan lupakan bola sepak. Sedang cuba untuk pergi sebab saya dikelilingi orang-orang muay thai masa saya kecil.

"Saya cuba dalam sukan ini dan lihat bagaimana, untuk bola sepak saya tidak pernah lupakan. Semua itu bergantung kepada rezeki Allah, saya hanya teruskan apa sahaja dalam hidup saya," katanya.

Bekas pemain posisi pertahanan Sri Pahang itu, menyahut cabaran peminat untuk menyertai sukan Muay Thai. Menurutnya kejohanan itu dilihat platform terbaik untuk permulaan menceburi sukan tempur berkenaan.

Namun tegas pemain senior itu berusia 35 tahun itu, sukan bolasepak tetap dihatinya. Ketika ini Muslim belum dilamar mana-mana pasukan setelah sebulan kontraknya bersama Sri Pahang ditamatkan.

Beliau kini giat menjalani latihan untuk mempersiapkan diri bagi kejohanan itu bagi kategori Regu Khas.

Sementara itu, penganjur kejohanan Muay Thai T Fight 2.0 Mohd Khairul Hafiz Hassan ketika dihubungi mengesahkan kehadiran Muslim dari Terenggnu akan menentang AtingPek dari Perlis pada 24 Februari ini.

Perlawanan tersebut akan berlangsung di perkarangan sebuah pasaraya di Padang Serai bermula pukul 8.30 malam dan turut melibatkan perlawanan antara empat regu professional “superfour” bagi kategori berat 55 kilogram untuk mencari juara zon utara.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI