(Pemain JDT Muhammad Akhyar Abdul Rashid (kiri) diasak pemain Kelantan FC Muhammad Yusri Yuhasmadi
(kanan) pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini/Foto BERNAMA)
ISKANDAR PUTERI, 11 November- Johor Darul Takzim (JDT) berpesta gol, membelasah Kelantan FC, 5-0 dalam aksi Piala Malaysia 2022 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), di sini, malam ini.
Perlawanan 93 minit itu menyaksikan penyerang sensasi JDT, Bergson Da Silva menyumbang hatrick, dibantu gol Nazmi Faiz Mansor dan Syahmi Safari.
JDT ternyata memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri dengan menyumbat gol seawal minit ke-11, hasil jaringan Bergson.
Gol kedua Bergson hadir pada minit ke-33, hasil jaringan sepakan percuma yang diambil mudah Bergson, menewaskan penjaga gol Ahmad Solehin Mamat.
Pemain kelahiran Brazil itu melengkapkan hatrick selang tiga minit kemudian, sebelum Syahmi Safari dan Nazmi Faiz Mansor, melengkapkan gol JDT, pada minit ke-39 dan 44.
(Pemain JDT Bergson Gustavo Da Silva meraikan jaringan gol ketika menentang Kelantan FC
pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini/Foto BERNAMA)
Keputusan kekal hingga wisel penamat menjadikan kemenangan berpihak kepada JDT, 5-0.
Meskipun tewas, kredit harus diberikan kepada Kelantan FC yang terus mempamerkan semangat tinggi dan tentangan kepada tuan rumah, sepanjang perlawanan.