fb fb fb fb fb

JDT belasah Skuad Penyu, Jairo cetak hatrik

JDT terus mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super /Foto FB Johor Southern Tigers

KUALA NERUS, 1 November - Johor Darul Ta'zim (JDT) unggul mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super selepas
membelasah Terengganu FC (TFC) 5-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Kemenangan kesembilan berturut-turut itu mengukuhkan kedudukan JDT di tangga teratas liga dengan 27 mata, meninggalkan pesaing lain jauh di belakang.

Skuad Harimau Selatan tidak menunggu lama untuk membuka jaringan apabila meledak gol seawal minit ke-4 menerusi ledakan penyerang, Bergson Da Silva.

Romel Morales menyudahkan hantaran Mohd Afiq Fazail untuk menambah gol kedua, membawa JDT mendahului 2-0.

Babak kedua menyaksikan JDT terus menguasai permainan.

Pemain gantian Jairo Da Silva menjadi bintang apabila meledak hatrik dengan gol pada minit ke-64, 71, dan 77, sekali gus mengukuhkan kemenangan besar 5-0.

Keputusan kekal hingga wisel penamat.

Kemenangan ini membolehkan pasukan kendalian Xisco Munoz terus memperkukuh cengkaman di puncak liga, manakala skuad penyu kekal di tangga keempat dengan 13 mata hasil lapan perlawanan.

MUHAMMAD 'AZAMUDDIN HUSSAIN