fb fb fb fb fb

Javier Tebas pertahan jawatan Presiden La Liga

Javier Tebas mengekalkan jawatan Presiden La Liga buat penggal keempat

MADRID, 13 Disember- Presiden La Liga yang dikenali dengan kelantangannya, Javier Tebas, telah dipilih semula sebagai ketua badan induk bola sepak Sepanyol, kata liga itu pada Selasa.

Tebas, 61, telah meletak jawatan pada November untuk bertanding semula bagi penggal keempat dan merupakan tidak dicabar mana-mana calon.

Beliau menyandang jawatan presiden La Liga buat kali pertama pada April 2013 dan dipilih semula pada 2016 dan 2019.

"Suruhanjaya Pemilihan Liga Bola Sepak Profesional Kebangsaan (La Liga) telah bersetuju dengan pengisytiharan muktamad Javier Tebas Medrano sebagai Presiden Liga Bola Sepak Profesional Kebangsaan, untuk tempoh empat tahun," kata La Liga dalam kenyataan.

Tebas, bekas presiden kelab Huesca, dipuji ramai kerana memperbaharui perundingan hak TV bola sepak Sepanyol yang sebelum ini bergantung kepada perundingan kelab secara individu.

Dia juga dilaporkan bertelagah dengan presiden Real Madrid dan Barcelona mengenai sokongan mereka untuk cadangan Liga Super Eropah, selain pernah menimbulkan masalah di luar negara dengan kritikannya terhadap kelab seperti Paris Saint-Germain dan Manchester City, dengan alasan bahawa pemilikan mereka yang berpangkalan di Teluk adalah 'doping kewangan'.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE