fb fb fb fb fb

Legenda Itali dan Juventus, Giorgio Chellini umum persaraan

Bekas pemain pertahanan Itali dan Juventus, Giorgio Chellini umum persaraan pada Selasa/FOTO REUTERS

LOS ANGELES, 13 Disember -Bekas pemain pertahanan Itali dan Juventus, Giorgio Chellini mengumumkan persaraannya daripada dunia bola sepak.

Pengumuman tersebut dibuat pemain berusia 39 tahun itu menerusi platform X miliknya pada Selasa.

Chellini, yang bermain buat kelab Los Angeles FC di Liga Bola Sepak Utama (MLS) musim ini mengambil keputusan bersara selepas pasukannya tewas pada perlawanan akhir MLS menetang Colombus Crew 2-1 pada Sabtu.

Pemain pertahanan tengah berkenaan telah membuat 117 penampilan buat Itali termasuk ketika mengetuai 'Azzurri' memenangi kejuaraan Euro 2020 menewaskan England menerusi penentuan penalti.

Chellini menghabiskan kariernya di kelab Juventus dan berjaya membantu kelab Turin itu memenangi sembilan kejuaraan liga, lima kejuaraan Coppa Italia dan lima kejuaraan Piala Super Itali.

"Bola sepak merupakan sesuatu yang indah dalam perjalanan hidup saya", tulis Chellini yang bermain sebanyak 425 perlawanan dan menjaringkan 27 gol buat Juventus di X.

"Anda (bola sepak) menjadi sebahagian daripada hidup saya.

"Namun, kini adalah untuk memulakan lembaran baru kehidupan dan cabaran baharu", katanya.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD