fb fb fb fb fb

Isu perkauman, cari alternatif bendung 'virus' dalam bola sepak - Bellingham

Foto REUTERS

MANCHESTER,17 April- Pemain tengah Real Madrid, Jude Bellingham menegaskan bahawa pihak berkuasa industri bola sepak Sepanyol perlu meningkatkan usaha lagi dalam menangani isu perkauman di dalam liga negara itu.

Isu cemuhan 'warna kulit' kian meningkat dalam arena bola sepak Sepanyol sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Bellingham berkata pada Selasa dia tidak menyedari betapa seriusnya insiden dalam liga utama Sepanyol itu, dengan rakan sepasukannya, Vinicius Jr sering menjadi sasaran penderaan.

"Dalam perlawanan di La Liga terutamanya, ia dilihat telah menjadi satu kebiasaan, kadang-kadang saya tidak menyedari kejadian itu sekali gus ia akan menjadikan masalah besar yang tercipta kerana kebiasaanya," kata Bellingham kepada pemberita menjelang perlawanan kedua suku akhir Liga Juara-Juara Rabu ini menentang Manchester City.

"Persiapan yang hanya sia-sia untuk seorang pemain bersedia untuk perlawanan, dengan mengetahui bahawa dia mungkin dihina akibat isu perkauman. Ia adalah menjijikkan dan tidak sepatutnya berlaku."

"Orang yang bertanggungjawab perlu mengawal. Saya ragu ia akan berlaku," tambahnya.

Vinicius Jr, yang menitiskan air mata bulan lalu apabila bercakap mengenai kesan penghinaan perkauman, sekali lagi menjadi sasaran penderaan apabila media Sepanyol melaporkan bahawa penyokong Barcelona telah menjerit melaungkan penyerang itu menjelang perlawanan Liga Juara-Juara menentang Paris St Germain, Selasa ini.

Musim lalu, La Liga melaporkan 10 insiden sedemikian terhadap pemain berusia 23 tahun itu kepada pendakwa raya.

Mallorca sedang menyiasat selepas seorang peminat nampaknya membuat isyarat perkauman terhadap pemain tengah Real Madrid, Aurelien Tchouameni semasa pertembungan liga pasukan pada hari Sabtu.

"Bola sepak akan kehilangan pemain seperti Vini jika dia memutuskan untuk berehat kerana isu ini."

"Lebih banyak perlu dilakukan untuk menyokong pemain ini," kata Bellingham.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM