SEREMBAN, 12 September – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan isu tuntutan ganjaran insentif tunai jaguh para badminton negara, Cheah Liek Hou, akan diselesaikan dalam masa terdekat.
Menterinya, Hannah Yeoh berkata pihaknya telah menerima penjelasan daripada Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) berhubung perkara tersebut.
“Saya difahamkan ganjaran itu akan disampaikan dalam masa terdekat. Sudah ada tarikh, jadi boleh rujuk Majlis Paralimpik Malaysia. Pada saya, kerana sudah ada tarikh, isu ini dianggap selesai. Ini perkara biasa, sekiranya ada perjanjian dengan atlet, perjanjian itu perlu ditunaikan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis makan malam meraikan FIBA U16 Women’s Asia Cup 2025 – Division B, di sini.
Terdahulu, Cheah menerusi hantaran di laman sosial meluahkan rasa kecewa terhadap MPM yang didakwa masih gagal menyalurkan insentif tunai berjumlah RM60,000 seperti dijanjikan, selepas kejayaannya meraih pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024.
BERITA BERKAITAN:
