fb fb fb fb fb

Isu ganjaran: Liek Hou tidak berdepan sebarang penggantungan

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 21 Sept- Jaguh para badminton negara, Cheah Liek Hou, disahkan tidak berdepan sebarang penggantungan berhubung isu tuntutan ganjaran yang tular sejak kebelakangan ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata keputusan itu dicapai hasil perbincangan bersama Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) selepas mempertimbangkan penjelasan semua pihak.

"Tiada sebarang penggantungan terhadap Liek Hou. Namun, pihak MPM akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada beliau berhubung kekeliruan mengenai istilah ‘scam’," katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Menurut beliau, bagi mengelakkan kekeliruan sama berulang, semua ganjaran selepas ini akan disertakan dengan template bertulis, sepertimana yang digunakan dalam program Road To Gold (RTG).

"Kini kita akan bergerak ke hadapan agar atlet dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada latihan dan pertandingan. KBS sentiasa bersama atlet negara dalam perjuangan mereka mengharumkan nama Malaysia," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pihak swasta yang tampil menambah ganjaran MPM bagi lima pemenang pingat Paralimpik Paris 2024.

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello