LONDON, 20 Ogos - Alexander Isak mendakwa Newcastle United tidak menepati janji dan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan kepada penyokong kelab tersebut.
Ia berhubung keengganan kelab itu untuk melepaskan Isak kepada Liverpool, seperti yang dipersetujui sebelum ini.
Penyerang berusia 25 tahun itu berkata, dia telah memaklumkan kepada Newcastle tentang hasratnya untuk berpindah ke kelab lain.
Namun, keputusan Newcastle tersebut mengecewakannya dan mulai mogok tidak menjalani latihan.
Pemain antarabangsa Sweden itu, menjadi subjek bidaan 110 juta pound ($148.34 juta) dari Liverpool awal bulan ini dan telah dinamakan dalam Pasukan Liga Perdana PFA, musim 2024/25.-REUTERS