fb fb fb fb fb

IOC bakal jemput atlet Palestin ke Olimpik 2024

Foto Reuters

LAUSANNE, 27 April - Kira-kira enam atau lapan atlet Palestin dijangka bersaing pada Olimpik Paris 2024.

Sesetengah daripada altet berkenaan akan diundang oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) meskipun mereka gagal melayakkan diri ke temasya berkenaan kata Pengerusi IOC, Thomas Bach.

Bach memberitahu AFP pada Jumaat bahawa acara kelayakan untuk Olimpik Paris, yang bermula pada 26 Julai lalu , sedang berlangsung meliputi beberapa acara sukan.

"Kami telah membuat komitmen dan ketetapan yang jelas sekiranya tiada seorang atlet Palestin yang melayakkan diri pada Olimpik Paris maka NOC (Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan) Palestin akan menerima jemputan seperti Jawatankuasa Olimpik negara-negara yang tidak mempunyai atlet yang layak", kata Bach pada satu temubual di ibu pejabat IOC di sini.

Bach turut menjangkakan delegasi Palestin yang akan ke Olimpik Paris adalah sekitar enam hingga lapan atlet.

Bach berkata Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengambil pendirian "dari hari pertama konflik" di Gaza dengan "menyokong dalam pelbagai cara yang berbeza terhadap para atlet untuk membenarkan mereka mengambil bahagian dalam kelayakan dan meneruskan latihan", kata Bach.

Sementara itu, Bach menolak tanggapan bahawa IOC memberikan layanan berbeza terhadap atlet Rusia memandangkan penaklukan terhadap Ukraine berbanding penglibatan Israel dan perang di Gaza.

Rusia telah digantung penyertaan daripada pelbagai kejohanan sukan antarabangsa yang menyaksikan para atlet negara itu diharamkan daripada bertanding menggunakan bendera kebangsaan Rusia di Olimpik Paris 2024.

Selain itu, bagi membolehkan para atlet untuk turut serta pada Olimpik 2024, mereka turut dilarang mempamerkan sebarang bentuk sokongan terhadap perang di ukraine selain tidak menyertai perkhidmatan ketenteraan dan keselamatan.

“Keadaan antara Israel dan Palestin adalah berbeza sama sekali,” kata Bach.

"Dari hari pertama, kami menyatakan betapa ngerinya kami, pertama pada 7 Oktober dan kemudiantentang perang dan akibatnya yang mengerikan," kata Bach.

"Kami sentiasa jelas kerana kami pernah bersama pencerobohan Rusia di Ukraine", ujar Bach lagi.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD