fb fb fb fb fb

Khidmat Messi diperlukan Argentina -Palacios

Pemain tengah Bayer Leverkusen, Exequiel Palacios mahukan Lionel Messi terus mewakili Argentina pada masa depan / Foto Reuters

LONDON, 27 April - Pemain tengah Argentina, Exequiel Palacios mahukan bintang dunia Lionel Messi tetap bermain dan menjadi sebahagian daripada skuad kebangsaan Argentina.

Palacios berkata, dia tidak dapat membayangkan sekiranya bermain tanpa kelibat penyerang berkenaan yang memberi inspirasi kepada pemain lain.

Palacios 25 tahun memenangi kejuaraan Copa America bersama Argentina pada 2021 dan Piala Dunia pada 2022 mengakui sukar untuk membayangkan keadaan skuad juara dunia berkenaan tanpa kehadiran pemain yang merangkul anugerah Ballon D'Or sebanyak lapan kali itu.

"Bagi saya, tidak perlu bercakap soal Messi akan bermain untuk pasukan kebangsaan atau tidak.

"Kami mahukan dia (Messi) bermain 'selama-lamanya' bersama kami", katanya kepada Reuters.

Palacios turut memuji impak yang diberikan oleh pemain tengah, Angel Di Maria yang bakal mewakili Argentina pada Piala Copa Amerika yang merupakan kejohanan antarabangsa terakhir buatnya sebelum bersara.

"Kami tidak mahu Di Maria bersara. Dia seorang pemain unik, berbeza, dan pamain yang mencatatkan sejarah buat Argentina', kata Palacios.

"Jika dia bersara, kami perlu memanfaatkan setiap sesi latihan, setiap kem dan setiap perlawanan kerana kami mendapat kbertuah untuk memiliki kualiti yang ada padanya (Di Maria).

Palacios baru-baru ini berjaya membantu kelabnya, Bayer Leverkusen memenangi kejuaraan Bundesliga musim ini sekali gus mengakhiri dominasi Bayern Munich selama 11 tahun.

"Jiwa saya masih di Leverkusen. Saya perlu melakukan yang terbaik bagi memastikan saya mendapat tempat dalam pasukan kebangsaan (Argentina).

"Tidak sabar bermain bagi kejohanan Copa Amerika. Namun, saya perlu mendapatkan tempat sebagai kesebelasan utama", kata Palacios.

Palacios turut berpeluang mewakili skuad Bawah 23 tahun Argentina pada Sukan Olimpik 2024 Paris.

"Saya masih belum bertemu dan bercakap dengan Ketua jurulatih, Javier (Mascherano).

"Secara jujurnya, saya ingin mewakili Argentina pada sukan Olimpik. Saya sangat mengidam-idamkan bagi mewakili negara saya dalam apa jua pertandingan", kata Palacios.-Reuters

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD