fb fb fb fb fb

Belgium perlu menang menentang Kazakhstan

Pemain Belgium, Romelu Lukaku dijangka tidak dapat beraksi dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2026 Kumpulan J menentang Kazakhstan kerana masalah kecederaan / REUTERS

ASTANA, 15 November - Belgium kini selangkah untuk mengesahkan slot ke Piala Dunia 2026.

Pasukan tersebut hanya perlu meraih kemenangan dalam aksi kelayakan Kumpulan J menentang Kazakhstan, malam ini.

Bagi ketua jurulatih Belgium, Rudi Garcia, biarpun akui tugasan tersebut sedikit sukar kerana pasukannya berdepan isu kecederaan pemain utama namun mereka tetap akan berusaha untuk mendapatkan tiga mata penuh.

"Apabila peluang sudah terbuka untuk meraih tiga mata dan menambah satu lagi kemenangan untuk mengesahkan slot ke Piala Dunia 2026, maka pemain harus memanfaatkannya.

"Tidak beraksi pada tahap 100 peratus adalah satu kesilapan. Peranan saya sebagai ketua jurulatih adalah untuk mengingatkan semua pemain bahawa mereka perlu berada pada tahap 100 peratus," katanya dalam sidang media.

Belgium dijangka tidak dapat menurunkan pemain utamanya seperti Kevin de Bruyne, Thibaut Courtois dan Romelu Lukaku pada aksi malam ini kerana isu kecederaan.

Ketika ini Belgium mendahului Kumpulan J dengan kelebihan satu mata daripada Macedonia Utara yang berada di kedudukan kedua.

Sementara peluang Kazakhstan untuk beraksi pada Piala Dunia 2026 sudah tertutup selepas sekadar berupaya mengumpul tujuh mata di kedudukan keempat peringkat kumpulan. - REUTERS

ZAZALI JAMIAN