fb fb fb fb fb

Inter Milan terus lebarkan kedudukan di puncak liga

Penyerang Inter Milan, Lautaro Martinez menjaringkan dua gol pada pertemuan menentang Lecce / Foto Reuters

TURIN, 25 Februari - Penyerang sensasi Inter Milan, Lautaro Martinez menjaringkan dua gol buat pasukan berkenaan ketika menewaskan Lecce 4-0 pada Ahad.

Kemenangan itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Inter Milan di persada liga berkelebihan sembilan mata di hadapan Juventus.

Pada perlawanan berkenaan, Martinez yang juga penyerang antarabangsa Argentina menjaringkan gol peribadinya yang ke-100 dalam liga berkenaan membuka jaringan perlawanan pada minit ke-15 separuh masa pertama bagi menjadikan kedudukan 1-0 sehingga tamat permainan separuh masa pertama.

Bersambung aksi babak kedua, Martinez sekali lagi membuktikan khebatannya dengan gol kedua pada minit ke-56 bagi menjadikan kedudukan 2-0.

David Frattesi kemudiannya menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-64 sebelum Stefan De Vrij menyudahkan jaringan menerusi tandukan pada ke-67 bagi menjadikan kedudukan masa penuh 4-0.

Jurulatih Inter,Simone Inzaghi membuat beberapa pertukaran terhadap skuad yang berjaya menewaskan Atletico Madrid minggu lalu.

Inter kini di kedudukan teratas liga dengan 66 mata dan masih mempunyai baki satu perlawanan meninggalkan Juventus di tangga kedua dengan 57 mata.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD