fb fb fb fb fb

Insiden perarakan Liverpool: Polis lanjut tahanan suspek sehingga esok

Polis Merseyside memaklumkan pasukan penyiasat dibenarkan untuk melanjutkan tempoh tahanan suspek bagi meneruskan soal siasat sehingga esok. /Foto REUTERS

LONDON, 29 Mei- Polis Britain diberi lebih masa untuk menyoal siasat lelaki berusia 53 tahun yang ditahan selepas sebuah kereta merempuh sekumpulan penyokong bola sepak ketika perarakan di Liverpool, Isnin lalu.

Dalam kenyataan hari ini, Polis Merseyside memaklumkan pasukan penyiasat dibenarkan untuk melanjutkan tempoh tahanan suspek bagi meneruskan soal siasat sehingga esok.

“Tahanan reman terhadap suspek akan kekal sehingga esok selepas kebenaran lanjutan diberi hari ini,” kata kenyataan polis.

Menurut polis, tujuh mangsa masih dirawat di hospital dan berada dalam keadaan stabil setakat hari ini.

Insiden mengejutkan itu berlaku ketika ribuan penyokong menghadiri perarakan meraikan kejayaan pasukan Liverpool, dan menyebabkan puluhan cedera selepas sebuah kereta meluru ke arah orang ramai.

MOHAN CHINNASAMY