fb fb fb fb fb

Chelsea juara Liga Konferens

Pemain terbaik perlawanan, Cole Palmer menjulang trofi Liga Konferens UEFA ketika meraikan bersama rakan sepasukan./ Foto AFP

WROCLAW,29 Mei- Chelsea bangkit sebelum menewaskan Real Betis 4-1 pada final Liga Konferens UEFA di Wroclaw awal pagi tadi, sekali gus muncul kelab pertama meraih semua empat trofi utama Eropah.

Betis kendalian Manuel Pellegrini mengejutkan pasukan pilihan itu di Poland menerusi gol awal Abde Ezzalzouli namun anak buah Enzo Maresca ternyata pasukan berbeza pada babak kedua.

Dua gol dalam tempoh lima minit mengubah arus permainan, dengan pemain terbaik perlawanan Cole Palmer mencipta kedua-dua gol pertama buat Enzo Fernandez dan Nicolas Jackson.

Pemain gantian Jadon Sancho memastikan mereka selesa dengan gol ketiga pada minit ke-83, menyudahkannya dari sudut sukar sebelum Moises Caicedo menambah gol keempat.

Ia bermakna Chelsea muncul kelab pertama memenangi Liga Juara-Juara, Liga Europa, Liga Konferens dan pertandingan yang sudah berkubur Piala Pemenang Piala.

MOHAN CHINNASAMY