fb fb fb fb fb

ASEAN All Stars cetus sensasi bola sepak serantau

ASEAN All Stars menang 1-0 ke atas Manchester United dalam aksi Piala Cabaran Maybank di Stadium Nasional Bukit Jalil

KUALA LUMPUR, 28 Mei - Kemenangan dramatik 1-0 ASEAN All Stars ke atas Manchester United dalam aksi Piala Cabaran Maybank di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi menjadi detik bersejarah buat bola sepak serantau.

Ketua jurulatih ASEAN All Stars, Kim Sang Sik, menyifatkan kejayaan itu sebagai luar biasa, memandangkan skuad hanya sempat berlatih selama dua hari sebelum menentang salah satu kelab terbaik dunia.

Beliau turut memuji kerjasama dan organisasi pasukan yang menunjukkan aksi menakjubkan.

Sang Sik juga memberi perhatian terhadap dua pemain Malaysia, Sergio Aguero dan Declan Lambert, dan akan membuat analisis lanjut menjelang pertemuan Vietnam menentang Malaysia dalam Kelayakan Piala Asia 2027, 10 Jun ini.

Sementara itu, pengendali United, Ruben Amorim, mengakui prestasi anak buahnya agak perlahan dan kurang bertenaga, namun tetap menurunkan semua pemain demi menghormati penyokong yang hadir seramai 72,550 orang.

United akan bertemu Hong Kong dalam aksi persahabatan seterusnya, Jumaat ini.

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI