fb fb fb fb fb

Giro d'Italia: Del Toro ungguli peringkat ke-17, rampas Jersi Merah Jambu

Isaac Del Toro meraikan kejayaan sebaik melintasi garisan penamat untuk menjuarai peringkat ke-17 perlumbaan berbasikal Giro d’Italia ke-108

BORMIO, 29 Mei - Pelumba Mexico, Isaac Del Toro, berjaya merangkul kemenangan sulung peringkat di Giro d’Italia 2025 dalam perlumbaan ke-17 dari San Michele all’Adige ke Bormio.

Wakil pasukan UAE Team Emirates-XRG itu melakukan pecutan sempurna di penghujung pendakian terakhir dan memintas Romain Bardet (Picnic-PostNL) serta Richard Carapaz (EF Education-EasyPost) dengan baki lebih dua kilometer ke garisan penamat.

Kemenangan itu menyaksikan Del Toro menamatkan perlumbaan 155 kilometer yang merangkumi dua pendakian sukar di Passo del Tonale dan Passo del Mortirolo, dengan kelebihan tiga saat ke atas Bardet, manakala Carapaz di tempat ketiga.

Del Toro kini semakin selesa menguasai kedudukan keseluruhan sebelum memasuki peringkat ke-18 dengan laluan landai sejauh 144 kilometer dari Morbegno ke Cesano Maderno.

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI