BARCELONA, 10 Ogos – Pertahanan Sepanyol, Inigo Martinez sah meninggalkan Barcelona untuk menyertai kelab Arab Saudi, Al Nassr, menerusi perpindahan percuma.
Perkara itu diumumkan Barcelona pada Sabtu sebelum Al Nassr mengesahkan pemain berusia 33 tahun itu menandatangani kontrak sehingga 2026.
Martinez sebelum ini beraksi selama dua musim bersama Barca selepas berhijrah dari Athletic Bilbao / Foto AFP
Martinez sebelum ini beraksi selama dua musim bersama Barca selepas berhijrah dari Athletic Bilbao, dengan merekodkan 71 penampilan.
Beliau turut memainkan peranan penting membantu pasukan meraih treble domestik musim lalu, merangkul kejuaraan LaLiga, Piala Super Sepanyol dan Copa del Rey di bawah bimbingan Hansi Flick. -REUTERS