fb fb fb fb fb

Impian Ng Tze Yong ke Olimpik Paris 2024, tidak kesampaian

Foto FB BAM

KUALA LUMPUR, 30 Mac- Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong disahkan tidak akan menyertai Kejohanan Badminton Asia (BAC) bulan depan sekali gus terpaksa melupakan hasrat ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Perkara itu disahkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan.

"Pemain berusia 23 itu belum bersedia secara fizikal untuk bersaing di BAC yang menjadi medan kelayakan terakhir ke Paris," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky menjelaskan, Tze Yong sudah menjalani latihan ringan namun belum meneruskan latihan berintensiti tinggi termasuk lompatan.

Rexy pada Selasa berkata pemain kelahiran Johor itu masih berpeluang membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik sekiranya berjaya menjuarai BAC 2024.

Tze Yong telah terkeluar daripada senarai 16 pemain teratas dalam 'Race to Paris' menjelang tarikh akhir kelayakan pada 28 April ini.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM