fb fb fb fb fb

Iga Swiatek dinobat juara Terbuka Perancis kali ketiga

FOTO AFP

PARIS, 11 Jun- Pemain tenis Poland, Iga Swiatek menepati reputasinya sebagai pemain terbaik dunia wanita apabila merangkul kejuaraan Grand Slam Terbuka Perancis buat kali ketiga.

Pemain ranking pertama dunia itu nyata berada pada tahap terbaik menumpaskan Karolina Muchova dari Republik Czech dalam tiga set.

Swiatek berjaya mengawal permainan di set pertama untuk menang mudah 6-2 sebelum Muchova bangkit menyamakan kedudukan di set kedua dengan keputusan 7-5.

Bersambung di set penentuan, Swiatek kembali dengan permainan lebih kemas untuk menyekat cabaran Muchova untuk menang 6-4.

Ini adalah gelaran ketiga Swiatek di Roland Garros dalam tempoh empat tahun selepas turut memenanginya pada 2020 dan 2022.- REUTERS


(Iga Swiatek dari Poland (kanan) menerima hadiah daripada Presiden
Persekutuan Tenis Perancis, Gilles Moretton (kiri)/AFP)

Media Baharu