fb fb fb fb fb

Iffland, Gimeno ungguli Siri Dunia Terjun Tebing Red Bull di Itali

FOTO FB Red Bull Cliff Diving

POLIGNANO A MARE, 30 Jun- Juara bertahan, Rhiannan Iffland dari Australia dan atlet Sepanyol, Carlos Gimeno, masing-masing menjuarai kategori wanita dan lelaki dalam saingan Siri Dunia Terjun Tebing Red Bull, kejohanan yang berlangsung di Polignano a Mare, Itali pada Ahad.

Selepas berehat selama dua bulan sejak pusingan pembukaan di Filipina, seramai 24 penerjun kembali ke pentas kompetitif dengan kategori wanita terjun dari ketinggian 21 meter, manakala lelaki dari 27 meter.

Iffland meneruskan penguasaannya dalam kejohanan apabila meraih kemenangan kedua musim ini, menewaskan Simone Leathead dari Kanada dan Lisa Faulkner dari Amerika Syarikat yang bertanding sebagai wildcard.

Bagi kategori lelaki pula, Gimeno muncul juara menewaskan lagenda Perancis, Gary Hunt dan atlet Mexico, Jonathan Paredes.

Siri Dunia Terjun Tebing Red Bull akan bersambung di Mostar, Bosnia dan Herzegovina pada September depan.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE