RIO DE JANEIRO, 30 Jun- Cole Houshmand dan Molly Picklum masing-masing muncul juara dalam kategori lelaki dan wanita di Rio Pro, pusingan kesembilan Liga Luncur Ombak Dunia (World Surf League- WSL) Championship Tour 2025, yang berlangsung pada Ahad.
Houshmand, 24, meneruskan rentak cemerlangnya di pentas akhir dengan mencatat kemenangan kedua berturut-turut dalam jelajah kejauraan, selepas kejayaan sulungnya di Bells Beach Pro 2024.
Kali ini, dia sekali lagi menewaskan rakan senegara, Griffin Colapinto, dalam aksi perlawanan akhir.
Bagi kategori wanita, Picklum yang berusia 22 tahun pula meraih kemenangan jelajah kejuaraan ketiga dalam kariernya, namun ini merupakan kejayaan pertama di luar Sunset Beach, Hawaii.
Dia berjaya menundukkan pilihan tuan rumah, Luana Silva dalam saingan akhir yang sengit.
Kemenangan itu menyaksikan, kedua-dua atlet mengukuhkan kedudukan mereka dalam saingan WSL musim 2025 yang semakin menghampiri fasa penentuan.-REUTERS