fb fb fb fb fb

Birdie playoff bawa Reed julang trofi LIV Golf Dallas

Juara LIV Golf Dallas, Patrick Reed / AFP

DALLAS, 30 Jun- Patrick Reed muncul juara kejohanan LIV Golf Dallas selepas menewaskan tiga pencabar lain dalam penentuan playoff empat penjuru pada aksi penutup, pada Ahad lalu.

Bekas juara Masters 2018 itu memasuki pusingan akhir dengan kelebihan tiga pukulan, namun bergelut dengan catatan tiga atas par (75), sekali gus menamatkan kejohanan dengan jumlah enam bawah par.

Kedudukan itu menyaksikan Reed berkongsi tempat teratas bersama pemain Jepun Jinichiro Kozuma, bintang Afrika Selatan Louis Oosthuizen dan wakil England, Paul Casey.

Reed yang menyertai siri LIV pada Jun 2022, akhirnya melakar kemenangan sulungnya dalam LIV Golf selepas melakukan birdie sejauh 15 kaki di lubang pertama playoff.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE