fb fb fb fb fb

Ifedayo jadi taruhan Kedah robek gawang Selangor malam ini

FOTO KDA FC

 ALOR SETAR, 2 Disember- Penyerang import sensasi, Ifedayo Olusegun menjadi senjata ampuh pasukan Kedah Darul Aman, KDA FC bagi menjinakkan Selangor FC dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, malam ini.

Hadir pada pertengahan saingan Liga Super, Ifedayo membuktikan ketajaman aksinya dengan menjaringkan 12 gol dalam sembilan perlawanan.

Nisbah jaringan yang cukup baik bagi penyerang berpengalaman itu pastinya mahu digunakan sebaiknya pada aksi yang akan berlangsung di Stadium Darul Aman.

Aksi menentang Selangor FC malam ini merupakan 'battle of the season' dengan kedua-dua pasukan merebut satu slot ke AFC Champions League selaku Naib Juara Liga Super.

Selepas 24 perlawanan, Selangor FC kini berada di kedudukan kedua liga dengan 55 mata, manakala Kedah ditempat ketiga dengan 53 mata.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE