KUALA LUMPUR, 2 Disember- Bapa kepada pemain bola sepak kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid meninggal dunia, semalam.
Berita duka tersebut dikongsikan pemain berusia 26 tahun itu, yang juga pemain sayap Harimau Malaya menerusi akaun Instagram peribadinya.
Difahamkan kesihatan bapa kepada anak kelahiran Terengganu itu kurang baik sejak 2018.
Bagaimanapun, Safawi setakat ini belum lagi berkongsi masa dan punca kematian bapanya, Rashid Sulong.
Khabar duka itu turut dikongsi isterinya, Syifa Melvin atau nama sebenarnya, Nur Syifa Athirah Amirol Melvin menerusi akaun Instagramnya.
Allahyarham Rasid difahamkan meninggal dunia di kediamannya di Kampung Bukit Chatak, Dungun dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam berhampiran selepas solat Jumaat.
Kelab bola sepak JDT turut menyampaikan ucapan takziah menerusi laman Facebook rasminya.