fb fb fb fb fb

IAM International Automodified kembali ke Kuala Lumpur

Foto IAM

KUALA LUMPUR, 10 Julai 2025–Selepas menjelajah ke lebih 38 bandar di Indonesia dan melebarkan sayap ke negara-negara jiran termasuk Malaysia, Singapura, Thailand, dan terbaru Amerika Syarikat, IAM International Automodified bakal kembali ke Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Ogos 2025 sempena sambutan ulang tahun ke-25 penubuhannya dalam industri gaya hidup dan modifikasi automotif.

Penganjur IAM international Modified Reza Aliwarga berkata, acara mega ini akan berlangsung di Setia City Convention Centre dan dijangka menghimpunkan lebih 200 buah kereta modifikasi terbaik dari seluruh Malaysia, dengan kehadiran peminat, peserta, dan komuniti automotif dari pelbagai negara Asia Tenggara.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2001, IAM telah mengukuhkan jenamanya sebagai pameran dan pertandingan kereta modifikasi yang berprestij, menawarkan lebih 100 anugerah untuk kenderaan terbaik mengikut kategori.

"Program ini kami juga jalankan di Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, dan Amerika Syarikat. Jadi, anda tidak perlu pergi jauh ke Amerika Syarikat, atau ke Indonesia, atau Singapura. Kami melakukannya di Kuala Lumpur, di Malaysia. Oleh itu, sila sertai kami, sila datang, dan mari kita nikmati dunia automotif bersama-sama dengan acara sokongan gaya hidup automotif." katanya.

Beliau berkata demikian kepada media dalam sidang media IAM di Kuala Lumpur.

Pada tahun 2024, IAM melakar sejarah apabila menganjurkan edisi sulungnya di Amerika Syarikat bertempat di Anaheim, California, dan
dijadualkan kembali ke sana pada November ini.

AZRUL FAIZAL JUSOH