fb fb fb fb fb

Hoki Piala Asia: Skuad kebangsaan kekalkan rekod tanpa kalah

JAKARTA, 26 Mei- Skuad hoki kebangsaan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam aksi Kumpulan B selepas berpesta gol menewaskan Bangladesh 8-1.

Kemenangan itu membolehkan Malaysia menamatkan aksi peringkat kumpulan selaku juara Kumpulan B Hoki Piala Asia, sekali gus menempah slot ke saingan Super Four.

Dalam perlawanan tersebut, skuad bimbingan Arul Selvaraj memulakan aksi dengan baik yang turut menyaksikan Muhammad Razie Abd Rahim dan Faizal Saari masing-masing berjaya meledak hatrik.

(Aksi skuad kebangsaan ketika menumpaskan Bangladesh 8-1)

Baki dua lagi gol skuad hoki kebangsaan dijaringkan oleh Muhammad Najmi Farizal Jazlan dan Mohamad Ashran Hamsani.

Berdasarkan format kejohanan, dua pasukan terbaik bagi Kumpulan A dan B layak untuk beraksi di peringkat Super Four yang akan bermula Sabtu ini.

Tiga pasukan terbaik pada kejohanan di Jakarta akan memperoleh slot automatik ke hoki Piala Dunia 2023 di India.

Media Baharu