TIRANA, 26 Mei- Kelab Itali, AS Roma menjuarai trofi dalam aksi final Liga Conference Europa buat kali pertama dalam masa 60 tahun selepas jaringan Nicolo Zaniolo di babak pertama membantu mereka menang 1-0 ke atas kelab Belanda, Feyernoord di Albania, awal pagi tadi.
Ia juga memahat sejarah unik buat ketua jurulatih mereka, Jose Mourinho yang muncul pengendali pertama memenangi kesemua 4 trofi di pentas Eropah.
Jaringan menarik Zaniolo pada minit ke-32 itu sudah cukup untuk menobatkan Roma sebagai juara dalam kejohanan yang kali pertama diadakan itu.
Ia juga merupakan kejohanan ketiga berprestij yang diperkenalkan oleh UEFA selepas Liga Juara-Juara dan Liga Europa.
(AS Roma memahat sejarah unik buat ketua jurulatih mereka, Jose Mourinho /AFP)
Kali terakhir kelab Serie A itu memenangi trofi adalah pada 1961 ketika menyertai Piala Fairs.
Sementara bagi Mourinho pula menjadi pengendali pertama memenangi kesemua trofi kejohanan Eropah bersama 4 pasukan yang berbeza.
Jurulatih dari Portugal itu sebelum ini telah merangkul 3 gelaran Eropah iaitu Liga Juara-Juara, Liga Europa dan juga Piala UEFA. -AFP