fb fb fb fb fb

Hasliza, Fatin kembali perkuatkan Malaysian Tigress

Skuad hoki wanita kebangsaan di bawah kendalian Nasihin Nubli Ibrahim. / Foto Konfederasi Hoki Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 Mac-Dua pemain senior, Noor Hasliza Md Ali dan Fatin Shafika Mohd Sukri kembali menyarung jersi pasukan hoki wanita kebangsaan.

Mereka dipilih menyertai 26 pemain yang diumumkan Ketua Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan Datuk Najmi Razak.

Beliau berharap semua pemain yang dipanggil ke skuad kebangsaan dapat memberi aksi terbaik.

Ini bagi mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Ketua jurulatih Malaysian Tigress, Nasihin Nubli berkata beliau turut memanggil beberapa pemain remaja untuk menghadapi beberapa kejohanan besar.

Antaranya Piala Negara-Negara 2 (Wanita) pada Jun dan Sukan SEA Thailand hujung tahun ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD