fb fb fb fb fb

Harry Kane jaringkan gol lagi

Harry Kane meraikan jaringan bersama rakan sepasukan / AFP

MUNICH, 19 Oktober - Harry Kane terus berbisa!.

Kali ini dia menjaringkan gol dalam perlawanan ketujuh berturut-turut ketika Bayern Munich menewaskan Borussia Dortmund 2-1 di tempat sendiri.

Sekali gus menjadi kemenangan ke-11 Bayern terhadap Dortmund dalam semua perlawanan musim ini.

Kemenangan di Allianz Arena turut menyaksikan Bayern berkelebihan lima mata di tangga teratas Bundesliga dengan rekod tanpa kalah dalam tujuh perlawanan.

Ini termasuk mengutip 21 mata, mengatasi RB Leipzig (16 mata) di kedudukan kedua, VfB Stuttgart (ketiga) dan Dortmund (keempat).

Bagi Kane, golnya yang ke-104 untuk Bayern merupakan ke-400 di peringkat kelab dalam kariernya.

Penyerang berusia 32 tahun itu juga mempunyai 19 gol dalam 11 perlawanan untuk semua pertandingan musim ini bersama Bayern, termasuk 12 di peringkat liga.

Terdahulu, Kane yang juga ketua pasukan England membuka jaringan buat Bayern pada minit ke-22 sebelum Michael Olise menambah gol kedua buat pasukan pada minit ke-78.

Dortmund bagaimanapun tidak menyerah kalah apabila berjaya 'mencuri' satu gol pada minit ke-84 sebelum wisel penamat dibunyikan. -AFP

MOHAMAD KHAIRIE KHALID