BARCELONA, 19 Oktober - Jaringan Ronald Araujo pada lewat permainan membantu Barcelona mengatasi Girona, 2-1 dalam aksi La Liga di Stadium Olympic.
Pemain pertahanan berusia 26 tahun itu menjaringkan gol pada minit ke-93, sekali gus memberikan kelebihan satu mata terhadap pencabar utama, Real Madrid yang akan bertemu Getafe awal pagi esok.
Terdahulu, gol Barca diperoleh pada minit ke-13 menerusi Pedri Gonzalez sebelum Axel Witsel menyamakan kedudukan 1-1.
"Kami tidak bermain dengan baik namun kami berjaya mengharungi perlawanan hingga lewat permainan dan menghasilkan gol.
"Ia akan memberikan kami keyakinan untuk perlawanan seterusnya. Inilah yang saya harapkan," kata jurulatih Barca, Hansi Flick. - AFP.