fb fb fb fb fb

Harimau Muda juara Kejohanan AFF B-19, tewaskan Laos 2-0 pada aksi final, ulangi pencapaian 2018

KUALA LUMPUR, 16 Julai- Malaysia merangkul kejuaraan kedua Kejohanan Bawah 19 Tahun (B-19) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) dalam tempoh empat tahun selepas menundukkan Laos 2-0 pada perlawanan akhir di Bekasi, Indonesia malam tadi.

Lebih manis, kemenangan di Stadium Patriot Candrabhaga itu turut menebus kekecewaan terhadap kekalahan 0-1 kepada lawan sama pada aksi terakhir saingan Kumpulan B, Isnin lepas.

Pada aksi final itu, skuad muda negara sekali lagi mempamer permainan cemerlang apabila melakukan banyak gerakan ke arah Laos.

Namun, Laos berjaya beberapa kali mencemaskan kubu negara, namun anak buah Hassan Sazali Waras itu berjaya bertahan dengan baik.

Malaysia memulakan permainan dengan cemerlang selepas mendahului pada minit ke-14 menerusi penyudah Muhammad Faiz Amer Runnizar sebelum gol tersebut mengubah rentak Laos yang tampil lebih agresif.

Laos cuba untuk mencari gol penyamaan, namun usaha mereka itu dimusnahkan oleh jaringan kedua skuad negara menerusi Aliff Izwan Yuslan pada minit ke-76.

Skuad Harimau Muda juara Kejohanan AFF B-19 / FOTO FB FAMalaysiaOfficial

Jaringan tersebut terus membakar semangat pemain negara untuk mempertahankan kedudukan sebelum wisel penamat dibunyikan pengadil dari Myanmar Kyaw Zwali Lwin sekali gus mengesahkan kemenangan skuad B-19 kebangsaan.

Kejayaan itu menyaksikan Malaysia mengulangi pencapaian terakhir menjulang gelaran sama pada edisi 2018.

Media Baharu