fb fb fb fb fb

Harimau Malaya kini di tangga ke-132 dunia - FIFA

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 15 Februari- Skuad Harimau Malaya kini menghuni ranking ke-132 dunia, dengan pungutan mata 1,110.17 mata.

Berdasarkan kemas kini daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu, skuad bimbingan Kim Pan Gon jatuh dua anak tangga.

Terdahulu, skuad kebangsaan berada di tangga ke-130 dunia sejak November tahun lepas, ditolak 12.7 mata.

Keputusan itu bagaimanapun sudah dijangka skuad negara susulan kekalahan dua perlawanan dan satu seri dalam kempen Piala Asia Qatar 2024, baru-baru ini.

Harimau Malaya yang diundi dalam Kumpulan E, merekodkan kekalahan 0-4 kepada Jordan, kemudian tewas kepada 0-1 kepada Bahrain sebelum seri 3-3 dengan juara dua kali, Korea Selatan.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia tidak berjaya melangkah ke peringkat 16 terbaik.

Kemas kini ranking FIFA bagaimanapun tidak menjejaskan Malaysia yang kekal berada di tempat ke-23 terbaik Asia dan muncul pasukan ketiga terbaik Asia Tenggara di belakang Thailand dan Vietnam.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM