fb fb fb fb fb

Harimau Malaya ikat pasukan India 1-1

Aksi persahabatan dengan Laos dan India medan persiapan Harimau Malaya ke Kejohanan ASEAN 2024 /Foto FAM

HYDERABAD, 19 November - Harimau Malaya mencatat keputusan seri 1-1 menentang India pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 dalam aksi di Stadium Gachibowli, di sini.

Keputusan ini mengekalkan rekod Malaysia menewaskan India selepas kemenangan 4-2 sebelum ini dalam Pestabola Merdeka 2023.

Skuad negara mendahului menerusi gol Paulo Josue pada minit ke-19 susulan kesilapan penjaga gol India, Gurpreet Singh Sandhu.

Namun India berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-38 melalui gol hasil tandukan Rahul Bheke.

Meskipun skuad kendalian Pau Marti Vicente mencipta beberapa peluang, namun gagal memperoleh sebarang gol tambahan.

Tandukan Fergus Tierney pada hujung perlawanan mengenai palang gol dan rembatan susulan Safawi diselamatkan Gurpreet.

Keputusan kekal 1-1 sehingga wisel penamat.

Minggu lalu, Harimau Malaya menundukkan Laos 3-1 pada satu lagi aksi persahabatan di Bangkok, Thailand.

Aksi menentang Laos dan India menjadi medan Vicente memperkukuhkan pasukan bagi menghadapi Kejohanan ASEAN 2024 yang dijadualkan bermula bulan depan.

Trainee